Monday, March 19, 2007

Perkara Membatalkan Iman (Syirik)


1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1. MAKSUD IMAN

-DARI SEGI BAHASA : percaya
-DARI SEGI ISTILAH : membenarkan dalam hati, mengakui dengan lidah dan beramal
dengan anggota

2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

-membentuk insan muslim sejati
-supaya istiqamah dalam ibadat
-melahirkan generasi berakhlak mulia

3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN

SYIRIK

MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya

JENIS-JENIS SYIRIK :

1. Syirik Jali
- Maksud : perlakuan syirik secara terang-terangan

- Contoh :
- menyembah patung dan berhala
- menyembah bulan atau matahari
- mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan

- Akibat :
- rosak akidah
-berdosa besar
-mendapat azab di akhirat

2. Syirik Khafi
- Maksud : tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat

- Contoh :
- riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri)
- ujub (mengagumi diri sendiri)
- takbur (membangga diri)

- Akibat :
- dibenci masyarakat
- hilang kawan dan sahabat
- sukar menerima pandangan orang lain

3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :

- Ia membatalkan iman seseorang
- Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
- Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan
dari kepercayaan syirik
- Mencemarkan kesucian agama Islam

4. Cara mengelak perbuatan syirik

- Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
- Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
- Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

5. Kesan syirik
- Membatalkan iman
- Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
- Dimurkai Allah

9 comments:

JU ICT Melaka said...

Tahniah kerana mempunyai blog sendiri dan jangan tamatkan pencarian ilmu anda hanya semasa kursus sahaja....teruskan...

nueeunlimited said...

wah...peminat mawi nampak...congrat coz hasilkan blog islamic.syabas......^-^

norainilatib.berisu said...

Blog anda menarik. Ada maklumat yang berguna terutama kepada orang Islam.

iema1979 said...

bagus... sangat menarik.boleh la share idea

Zoolyani said...

Assalamualaikum wbt
Blog anda bagus. Nanti boleh turunkan ilmu javascript, saya nak belajar macamana nak buat yang canggih2 ni.

Cikgu Aida said...

banyaknya jam....

sharil skpls said...

bagus...bagus apo2 pun kalo ado apo2 kito kongsi la sesamo...jgn kodokut ilmu....

um said...

Salam..pandai tak cikgu tulis lirik nasyid atau buat melodinya, boleh kongsi untuk diajarkan pada murid2 saya. kalau ada lirik yang baik boleh email kat saya.
umrah66@yahoo.com.my.

ANNAS said...

Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.